LONDON, 16 Januari- Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton dan Nottingham Forest bakal berdepan hukuman pemotongan mata.
Pemotongan itu susulan dua kelab berkenaan mengaku melanggar peraturan kewangan.
Kesalahan itu berkaitan peraturan kewangan dan kelestarian untuk musim 2022/2023.
Ketika ini, Everton dan Nottingham Forest bergelut mengelak penyingkiran dan hukuman itu bakal menjejaskan impian mereka untuk kekal di Liga Perdana Inggeris musim depan.
Everton sudah dipotong 10 mata musim ini kerana melepasi had kerugian ditetapkan pada penghujung kempen 2021-2022.
Everton kini menghuni tangga ke-17 liga, hanya satu mata di depan Luton yang berada dalam zon penyingkiran manakala Nottingham Forest empat mata di luar zon penyingkiran, di kedudukan ke-15.- AFP