LONDON, 16 Januari- Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FIFA manakala pemain Barcelona, Aitana Bonmati mengungguli kategori wanita pada majlis Anugerah FIFA 2023 di London.
Messi, 36 tahun, meraih anugerah itu buat kali ketiga untuk mengatasi Erling Haaland dan Kylian Mbappe.
Anugerah berkenaan dinilai bermula selepas Messi membawa Argentina menjulang Piala Dunia pada Disember 2022 hingga Ogos 2023.
Mesisi yang juga pemenang Ballon d'Or lapan kali itu menamatkan kariernya di Paris Saint-Germain, walaupun memenangi gelaran Ligue 1, sebelum menyertai kelab MLS, Inter Miami pada Jun.
Bagaimanapun, ketiga-tiga finalis lelaki tidak menghadiri majlis itu meninggalkan legenda Arsenal dan Perancis, Thierry Henry yang menjadi hos acara itu, wakil untuk mengambil anugerah itu tersebut.
Turut menjadi tumpuan, anugerah jurulatih lelaki terbaik yang diraih pengurus Manchester City, Pep Guardiola manakala ketua jurulatih Belanda, Sarina Wiegman muncul jurulatih wanita terbaik.
Dalam pada itu, penjaga gol lelaki terbaik dianugerahkan kepada pemain Manchester City, Ederson.
Sementara itu, Anugerah Puskas FIFA 2023 menjadi milik bekas pemain tengah Botafogo, Guilherme Madruga.- AFP