fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel: Lagu Negaraku berkumandang di gelanggang badminton

BIRMINGHAM, 3 Ogos- Skuad badminton negara menuai pingat emas dalam acara berpasukan campuran sebentar tadi selepas menundukkan juara bertahan India 3-1.

Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlebih dahulu mengutip mata buat pasukan negara dengan menewaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chiraq Shetty stright set 21-18, 21-15 sebelum perseorangan wanita Goh Jin Wei melepaskan satu mata kepada India hasil kekalahannya kepada P.V Sindhu.

Perseorangan lelaki, Ng Tze Yong kemudiannya menjadikan kedudukan 2-1 dengan menewaskan pemain bintang S.Kidambi dalam aksi tiga set penuh mendebarkan.

Akhirnya, gandingan beregu wanita M.Thinaah- Pearly Tan mengutip mata kemenangan buat negara apabila mudah menjinakkan Treesa Jolly- Gayatri Puela 21-18, 21-17.

Kemenangan itu menyaksikan India sekadar puas hati dengan pingat perak sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang diraih mereka pada edisi terdahulu di Gold Coast Australia.


(Pasukan badminton negara ceria dengan pingat emas selepas acara penyampaian pingat)

 

Media Baharu