fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel: Skuad bola keranjang berkerusi roda 3X3 kempunan pingat

(FOTO BERNAMA)

BIRMINGHAM, 3 Ogos- Hasrat skuad bola keranjang berkerusi roda 3x3 lelaki negara untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa pada temasya Komanwel Birmigham tidak kesampaian apabila ewas pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Berdepan pasukan tuan rumah England, skuad negara terpaksa berpuas hati untuk menduduki tempat keempat pada penampilan pertama mereka di temasya sukan berkenaan, apabila tumpas 11-21.

Pada aksi tersebut, Muhamad Atib Zakaria menyumbangkan enam mata kepada pasukan negara, manakala Freday Tan Yei Bing dan Ahmad Nazri Hamzah masing-masing dua mata, sementara Muhammad Roozaimi Johari satu mata.

Australia meraih pingat emas selepas menumpaskan Kanada 11-9 di pentas final.


(Skuad bola keranjang berkerusi roda 3x3 lelaki negara Muhamad Atib Zakaria
cuba menghalang pemain England Tyler Baines pada perlawanan penentuan pingat
gangsa ketika Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Smithfield pada Selasa / BERNAMA)

Media Baharu