fb fb fb fb fb

De Ketelaere tandatangan kontrak lima tahun dengan AC Milan

FOTO GOOGLE

ROME, 3 Ogos- Penyerang Belgium, Charles De Ketelaere melengkapkan perpindahannya ke AC Milan dari Club Brugge pada Selasa, dengan menandatangani kontrak lima tahun dengan juara Serie A itu.

Pemain berusia 21 tahun itu, yang mempunyai lapan caps antarabangsa, tiba di Milan pada malam Isnin dan disambut oleh sekumpulan peminat.

De Ketelaere memulakan harinya dengan menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak dengan kelab Itali itu.

De Ketelaere kemudiannya menulis tweet penghormatan kepada kelab kampung halamannya Brugge, yang disertainya pada usia tujuh tahun, di Twitter.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Club Brugge kerana memberi saya peluang sejak kecil untuk berada dalam pasukan mereka, kerana membuat impian saya menjadi kenyataan, kerana telah melatih saya sebagai pemain profesional," tulisnya.

AC Milan dilaporkan menawarkan 35 juta euro ($36 juta) termasuk bonus kepada De Ketelaere.

Dia adalah penyerang Belgium kedua yang ditandatangani oleh Milan pada musim panas ini selepas Divock Origi dari Liverpool.

Tetapi Milan telah kehilangan pemain tengah Franck Kessie yang berhijrah ke Barcelona dan pertahanan tengah Alessio Romagnoli yang berpindah ke Lazio.

Milan akan memulakan kempern mempertahankan kejuaraan mereka pada 13 Ogos dengan melayan kunjungan Udinese.- AFP


(Penyerang Belgium, Charles De Ketelaere)

 

Media Baharu