fb fb fb fb fb

Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 : Azeem tamatkan saingan di tempat kelima

CALI, 3 ogos- Atlet pecut muda negara yang mencipta sensasi dengan memperbaharui rekod kebangsaan acara 100 meter milik Khairul Jantan, pada Selasa Muhammad Azeem Fahmi sekadar menamatkan saingan acara final di kedudukan kelima Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 B20, Colombia.

Pada aksi final yang berlangsung 6.55 pagi tadi di Stadium Pascual Guerrero Olympic, Azeem melakar 10.14 saat, 0.02 saat di belakang pelari Thailand, Puripol Boonson.

Juara acara riben biru itu menjadi milik pelari Botsowana, Letsil Tebogo yang mencatat rekod dunia baharu B20, 9.91 saat manakala di tempat kedua, atlet Jamaica Bouwahjgie Nkrumie manakala melengkapkan podium, Benjamin Richardson dari Afrika Selatan.

Pada peringkat separuh akhir sebelum itu, Azeem menamatkan saringan ketiga di tempat kedua dengan catatan 10.19 saat di belakang atlet Jamaica, Bouwahjgie Nkrumie, yang melakukan 10.11 saat.


(Muhammad Azeem Fahmi)

Media Baharu