FOTO BERNAMA
BIRMINGHAM, 3 Ogos- Atlet judo negara, Amir Daneil Abdul Majeed melakar kejutan dengan meraih pingat gangsa dalam acara 73 kg selepas lawannya dari Cyprus, Dato Matsoukatov, dibatalkan penyertaan kerana melanggar peraturan pertandingan di Arena Coventry.
Pemenang pingat gangsa Sukan Sea berusia 118 tahun itu menggondol gangsa dalam kategori 73kg selepas lawannya dari Cyprus, Dato Matsoukatov, dibatalkan kelayakan atau ‘disqualified’ di Arena Coventry.
Kejayaan Amir menjadikan kutipan pingat Malaysia pada temasya itu kepada tujuh iaitu dua emas, dua perak dan tiga gangsa.
Terdahulu pada pusingan 16 terakhir, Amir menewaskan pemain Samoa, William Tai Tin 10-0. Bagaimanapun pada suku akhir, dia tewas kepada pemain Australia, Jake Bensted menerusi mata penalti.
Tetapi Amir bangkit dalam pusingan repechage dengan menewaskan Narciso Mozana dari Mozambique 10-0 untuk mara ke penentuan pingat gangsa menentang Matsoukatov.
Ini merupakan pingat sulung negara dalam acara judo di temasya Komanwel.
FOTO BERNAMA