fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel 2022: Pearly-Thinaah hadiahkan pingat emas ke-7 Malaysia

BIRMINGHAM, ENGLAND, 8 Ogos- Hasrat kontijen Malaysia untuk memenangi pingat emas ketujuh di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England akhirnya berjaya ditunaikan pada hari terakhir hari ini.

Kilauan emas itu dijelmakan pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah yang menewaskan pasangan tuan rumah, Chloe Birch-Lauren Smith dengan straight sets pada aksi final.

Pearly dan Thinaah yang mempamer prestasi mengagumkan sepanjang temasya ini, sekali lagi tidak berdepan masalah untuk mendominasi acara beregu wanita.

Pasangan negara itu meneruskan rentak cemerlang ke atas Chloe dan Lauren dengan menguasai set pertama, sekali gus menang mudah 21-5.

Di set kedua, Pearly dan Thinaah terus mengekalkan momentum dan menyukarkan lawan mereka untuk bangkit.

Pasangan ranking ke-11 dunia itu terus menguasai setiap sudut gelanggang untuk menang 21-8, sekali gus menghadiahkan pingat emas ke-7 buat negara.


(Pearly Tan dan M.Thinaah yang menewaskan pasangan tuan rumah, Chloe Birch-Lauren Smith
dengan straight sets pada aksi final / BERNAMA)

Pencapaian ini sekali gus membantu Malaysia melepasi sasaran enam pingat emas yang diletakkan pada temasya sukan ini.

Lebih manis, ia juga gelaran ketiga berturut-turut Malaysia dalam acara beregu wanita yang sebelum ini dilakukan gandingan Vivian Hoo-Chow Mei Kuan pada edisi 2014 dan 2018.

Media Baharu