fb fb fb fb fb

Sukan elektronik sasar 4 pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi



KUALA LUMPUR, 11 Februari- Usaha merealisasikan sasaran 4 pingat di Sukan SEA Hanoi 2021 bagi acara e-sukan, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) akan membuat pemilihan atlet yang terbaik mewakili negara.

Presiden MESF, Datuk Ananth S. Nathan mengakui, peluang Malaysia untuk membawa pulang emas amat cerah berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan setakat ini.

Katanya, Malaysia akan menyertai 9 dari 10 acara yang dipertandingkan.

"Kami sedang menyenarai pendekkan atlet terbaik berdasarkan prestasi dan pencapaian mereka dalam temasya Sukan SEA sebelum ini.

"Ini termasuklah kejayaan dalam beberapa acara seperti Mobile Legend, PUBG Mobile dan FIFA Online, yang berjaya membawa pulang pingat," jelasnya kepada Berita RTM.

Katanya lagi, alet yang terpilih mewakili negara akan menyertai bootcamp selama dua bulan di Casa Bukit Jalil dan EBN Esports Arena di Quill City Mall di Kuala Lumpur.

Di Sukan SEA Filipina 2019, Malaysia membawa pulang 1 pingat emas dalam permainan Hearthstone dan pingat gangsa bagi Mobile Legends: Bang Bang.

Media Baharu