fb fb fb fb fb

Justin Gatlin umum bersara

FOTO INSTAGRAM GATLIN


LOS ANGELES, 11 Februari- Jaguh pecut Amerika Syarikat, Justin Gatlin hari ini mengumumkan persaraannya.

Atlet veteran berusia 40 tahun itu yang memenangi emas acara 100 meter di Olimpik Athens 2004 mengesahkan pengunduran dirinya di Instagram.

"Saya mencintai anda trek. Anda memberikan saya air mata kecewa dan gembira. Juga pengajaran yang tidak akan dilupakan," tulis Gatlin.

Persaraan Gatlin sudah dijangka selepas dia gagal mengalami kecederaan hamstring tahun lalu sekaligus menyaksikannya tidak layak ke Olimpik Tokyo 2020.

Antara kejayaan lainnya melengkapkan kemenangan 100 meter dan 200 meter di Kejohanan Dunia 2005 selain turut meraih pingat emas 100 meter di Kejohanan Dunia di London 2017 dengan mengatasi bintang Jamaica, Usain Bolt.

Gatlin juga merupakan anggota kuartet 4x100m Amerika Syarikat yang menjuarai Kejohanan Dunia di Doha pada 2019.

Karier pelari itu turut diwarnai kontroversi doping apabila pernah digantung dua kali kerana mengambil bahan terlarang. -AFP

Akibatnya, kerjaya Gatlin selepas itu terus dibayangi pengalaman hitam tersebut sehinggakan dia lebih diingati dengan isu kontorversinya berbanding kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai. -AFP

Media Baharu