fb fb fb fb fb

Penembak negara bidik emas di Jakarta


KUALA LUMPUR, 11 Februari- Penembak kebangsaan Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin meraih pingat emas acara 10 meter AIR pistol wanita pada saingan Grand Prix Rifle/Pistol di Jakarta, siang tadi.

Menurut keputusan yang dipaparkan di laman web rasmi kejohanan, Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF), Syasya berjaya mengutip 17 mata sekali gus mengecewakan atlet Singapura, Teh Xiu Hong yang mencatat 7 mata pada aksi final itu.

Juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 dari Batu Pahat, Johor itu meraih 45.5 mata keseluruhan diikuti Xiu Hong (41 mata) manakala atlet Thailand, Natsara Champalat meraih 35.5 mata untuk pingat gangsa.

Seorang lagi atlet menembak kebangsaan, Johnathan Wong Guanjie pula gagal menyaingi kehebatan penembak tuan rumah apabila menyumbang gangsa acara 10m air pistol lelaki dengan membidik 31.5 mata.

Dalam perlawanan penentuan pingat, Johnathan selaku juara Sukan SEA 2017, berada di kedudukan ketiga di belakang Muhamad Iqbal Raia Prabowa (43 mata) dan Wira Sukmana (41 mata).

Muhamad Iqbal kemudian mengesahkan emas dengan mencatat 17 mata untuk menewaskan Wira yang merekodkan 9 mata dalam perlawanan akhir. Kejohanan yang bermula Selasa lalu berakhir 18 Februari ini.

Media Baharu