fb fb fb fb fb

Sukan AUG: Skuad karate 'mengaum' di bumi Siam, lepasi empat pingat emas

(Skuad karate negara membawa pulang tiga lagi pingat emas pada Khamis di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022/FOTO Sukan IPT)

UBON RATCHATHANI (Thailand), 29 Julai - Skuad karate menjadi pasukan pertama yang telah melepasi sasaran yang ditetapkan di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 apabila membawa pulang tiga lagi pingat emas, semalam.

Hasrat bagi menepati sasaran empat emas buat kem karate itu dilunaskan Siti Nur Azwani Nor Azli dalam acara kumite individu wanita bawah 68 kilogram (kg) pada aksi berlangsung di kampus Ban Yang Noi.

Kilauan emas pertama hadir menerusi Sureeya Sankar bagi acara kumiye individu lelaki bawah 67 kilogram (kg).

Atlet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu mudah menundukkan lawan dari Indonesia, Nur Halim Arlendi.

(Emas keenam diraih selepas A. Denishroy memenangi acara kumite individu lelaki bawah 84kg/FOTO Sukan IPT)

Negara turut mengutip pingat emas keenam bagi acara kumite individu lelaki bawah 84 kg selepas A. Deniseoy menundukkan wakil tuan rumah, Pirunporn Chumpootong.

Selepas cemerlang dengan tiga pingat emas pada hari pertama daripada kem karate, skuad negara menambah lagi 3 pingat emas pada hari berikutnya menjadikan keseluruhan enam pingat emas diraih skuad karate.

Media Baharu