fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Sukan Asia, kuartet 4x100 lelaki negara ke pusingan akhir esok

HANGZHOU, 2 Oktober- Kuartet 4x100 meter (m) lelaki negara berjaya melangkah ke pusingan akhir Sukan Asia di Stadium Olimpik Hangzhou, pagi ini.

Gandingan bekas pemegang rekod kebangsaan Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi, menampilkan larian bertenaga untuk mencatatkan 39.40 saat pada saringan pusingan pertama.

Catatan itu meletakkan mereka di kedudukan ketiga di belakang kuartet tuan rumah dan Korea Selatan.

Secara keseluruhan, kuartet negara menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama untuk mara ke pusingan akhir.

Catatan masa yang direkodkan kuartet kali ini, sedikit perlahan berbanding rekod kebangsaan 39.09 saat yang dibuat oleh Muhammad Azeem, Muhammad Arsyad, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail di Sukan SEA Hanoi, pada Mei 2022.

Acara akhir itu dijadualkan berlangsung pada pukul 9.25 malam, esok.