fb fb fb fb fb

Selangor Red Giants hatrik juara MPLMY, tundukkan Homebois

Ketua Jurulatih Selangor Red Giants, Arcadia

KUALA LUMPUR, 15 Jun - Selangor Red Giants (SRG.OG) menamatkan saingan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 dengan penuh bergaya apabila berjaya membenam Homebois 4-0 dalam perlawanan Grand Final format Best of Seven yang berlangsung hari ini.

Lebih membanggakan, kejayaan ini merupakan kemenangan hatrik buat SRG.OG sejak mereka merangkul kejuaraan bermula musim ke-13.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, skuad bimbingan Michael Angelo Bocado (Arcadia) memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila menguasai sepenuhnya permainan dan mencatat kemenangan dalam masa 14 minit.

SRG mengekalkan rentak kecemerlangan mereka dari perlawanan kedua hingga keempat bagi memastikan gelaran juara berjaya dipertahan buat kali ketiga.

Arcadia berkata, kemenangan hari ini merupakan hasil kerjasama seluruh pasukan yang sanggup mengorbankan cuti minggu lalu demi membuat persiapan menghadapi Grand Final.

“Saya menghargai semua pemain dan barisan kejurulatihan yang rela mengorbankan cuti mereka minggu lalu demi memastikan kita berjaya mencapai matlamat untuk meraih kemenangan,” katanya di sini, hari ini.

1506 SKN SELANGOR RED GIANTS MENANG 1

1506 SKN SELANGOR RED GIANTS MENANG 2Selangor Red Giants (SRG.OG) meraih gelaran hatrik MPLMY selepas menewaskan Homebois 4-0 pada aksi Grand Final di Stadium Juara, hari ini. / Foto BERNAMA

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE