CINCINNATI, 16 Jun-Bayern Munich memulakan kempen Piala Dunia Kelab mereka dengan penuh bergaya selepas membelasah kelab New Zealand, Auckland City, 10-0 dalam perlawanan pembukaan pada Ahad.
Jamal Musiala, yang baru pulih daripada kecederaan, menjadi tumpuan apabila menjaringkan hatrik pada separuh masa kedua, membantu Bayern mencatat kemenangan besar.
Pada perlawanan berkenaan, pemain sayap Bayern, Kingsley Coman membuka jaringan seawal minit ke-6 hasil tandukan selepas sepakan sudut Joshua Kimmich. Bayern kemudian menjaringkan tiga gol dalam masa tiga minit melalui Sacha Boey pada minit ke-18, Michael Olise diikuti sekali lagi menerusi Coman minit ke-21.
Thomas Mueller menjadikan kedudukan 5-0 sebelum rehat dengan gol dari jarak dekat, dan Coman melengkapkan malam cemerlangnya dengan satu lagi gol cantik dari luar kotak penalti.
Musiala yang masuk sebagai pemain gantian, menjaringkan tiga gol pada minit ke-67, 73, dan 84.
Mueller menyumbang satu lagi gol pada minit ke-89, melengkapkan kemenangan besar ke atas juara Oceania itu.-REUTERS.