fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Badminton Sukan Asia 2022: Zii Jia ketuai kem negara mara ke pusingan seterusnya

(Pemain badminton Malaysia, Lee Zii Jia  pada pusingan pertama acara perseorangan lelaki temasya
Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang, Hangzhou hari ini/ FB BAM)

HANGZHOU, 2 Oktober- Pemain badminton perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan seterusnya pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas bangkit mengatasi wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.

Wakil Malaysia yang berada di ranking ke-16 dunia itu bermula goyah dengan membenarkan lawan lebih menguasai set pertama sebelum tewas 15-21.

Zii Jia berjaya bangkit mempamerkan aksi lebih bertenaga pada dua set berikutnya untuk menang 21-15, 21-16.

Bekas juara All England itu akan berdepan wakil Timor Leste, Maurinho Gusmao de Jesus pada pusingan kedua.

Sementara itu pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pasangan Taiwan, Li Ching Yao-Yang Po Han 21-23, 21-12, 23-21.

Turut mara ke pusingan kedua, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menyingkirkan gandingan Singapura, Andy Kwek-Crystal Wong 21-17, 21-13 di Gimnasium Binjiang.

0210 BADMINTON ZII JIA ASIA 2