KUALA LUMPUR, 3 Januari - Pasukan kabadi negara yakin dapat merangkul sekurang-kurangnya pingat gangsa pada temasya Sukan Asia 2026 yang dijadual berlangsung di Nagoya, Jepun, September depan.
Ketua jurulatihnya, Vimalanathan Pavadai berkata, persiapan pasukan telah dimulakan lebih awal dengan memberi tumpuan kepada aspek mental, fizikal dan peningkatan kemahiran bagi menghadapi saingan sengit di pentas Asia.
Menurutnya, cabaran utama pasukan negara adalah ketika berdepan India dan Pakistan yang menjadi kuasa besar kabaddi dunia selain sentiasa memperbaharui corak permainan dan variasi kemahiran.
"Kekuatan India terletak pada kemampuan mereka menambah variasi kemahiran setiap tahun, menjadikan permainan sukar dibaca. Sebab itu kami perlu meningkatkan kemahiran sendiri, selain mengekalkan tahap kecergasan yang tinggi" Katanya ketika ditemui di Wisma Berita, Angkasapuri.
Dalam usaha memperkukuh persiapan, pasukan kabaddi negara turut merancang mengadakan sesi latihan bersama pasukan India sebagai platform menimba pengalaman serta memperhalusi teknik permainan menjelang Sukan Asia.
Pada edisi Sukan Asia 2014 dan 2022, pasukan kabaddi negara menamatkan saingan di tempat kelima.