fb fb fb fb fb

SRG.OG sasar kejuaraan Kejohanan Dunia MLBB M7 di Jakarta

Foto RTM

SEPANG, 5 Januari - Selangor Red Giants (SRG.OG) memasang impian untuk menjadi juara Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M7 yang sedang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Jurulatih SRG.OG, Michael Angelo Boccado atau 'Arcadia' berkata, prestasi konsisten pasukan di pentas antarabangsa sebelum ini menjadi motivasi utama untuk pasukan itu kembali memburu gelaran juara.

“Sudah tentu sasaran kami adalah untuk memenangi kejuaraan. Jika dilihat pada rekod sebelum ini, kami konsisten di peringkat antarabangsa dengan sekurang-kurangnya penamat empat terbaik dalam tiga kejohanan terakhir serta satu kejuaraan.

"Kami akan ambil satu langkah pada satu masa. Format kejohanan yang mempunyai tiga peringkat adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. Fokus awal kami adalah untuk layak ke 'playoff' dan seterusnya cuba memenangi kejuaraan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Hazziq Danish Rizwan atau Stormie berkata, SRG.OG akan kekal berdisiplin dengan pendekatan ‘one game at a time’, lebih-lebih lagi dengan penggunaan format Swiss Round di M7.

“Kami memang sasarkan kejuaraan di M7, tetapi fokus kami adalah satu perlawanan pada satu masa. Dalam Swiss Round, satu kekalahan boleh memberi kesan besar, jadi kami akan fokus buat sebaik mungkin pada pusingan pertama dan kami sanga teruja untuk aksi di M7," katanya.

Kejohanan M7 itu merupakan pentas penting buat SRG.OG untuk meneruskan reputasi Malaysia sebagai antara kuasa besar dalam arena e-sukan Mobile Legends di peringkat dunia.

Dalam pada itu, Jurulatih CG Esports, Fikri Aiman Mohd Khidzir atau Rainn berkata, pasukannya yang turut beraksi di kejohanan itu bagaimanapun tidak meletakkan sasaran khusus kerana percaya aksi konsisten boleh membantu melonjakkan nama Malaysia.

"Kami tidak meletakkan sasaran khusus kerana saya percaya sekiranya kami menampilkan aksi berkualiti tanpa mengira siapa pun lawan, kami boleh memberikan persembahan yang baik dan membanggakan Malaysia.

"Saya selalu pesan kepada pemain untuk fokus kepada deliver gameplay yang boleh membanggakan rakyat Malaysia," katanya.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello