fb fb fb fb fb

Kim Pan-gon dilantik ketua jurulatih Selangor FC

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Januari - Selangor FC mengumumkan pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu skuad utama Gergasi Merah, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan, Selangor FC berharap, dengan pengalaman luas serta kredibiliti Kim Pan-gon, beliau mampu membawa Selangor FC ke tahap lebih tinggi dan kembali mencabar kejuaraan domestik.

Kim Pan-gon bukan asing dalam arena bola sepak tanah air.

Beliau pernah menggalas tugas sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya dari 2022 hingga 2024, selain berpengalaman mengendalikan beberapa pasukan di peringkat antarabangsa termasuk Korea Selatan dan Asia Tenggara

Dalam perkembangan sama, bekas ketua jurulatih interim Selangor FC, Christophe Gamel, dilantik sebagai Pengarah Teknikal Selangor FC.

Gamel akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan jurulatih dan pemain muda, meliputi skuad bawah 23 tahun hingga peringkat akar umbi, selaras dengan perancangan jangka panjang kelab untuk memperkukuh struktur pembangunan bakat tempatan.

Selangor FC merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada Kim Pan-gon dan Christophe Gamel dalam menggalas peranan serta tanggungjawab baharu masing-masing.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello