fb fb fb fb fb

Sukan Asia 2023: Skuad hoki lelaki berpeluang rangkul emas

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 9 Ogos -Peluang skuad hoki lelaki negara untuk merangkul emas pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada September ini dilihat cerah selepas keputusan undian yang memihak kepada pasukan tersebut.

Menerusi undian yang berlangsung pada Selasa, skuad bimbingan A.Arulselvaraj diundi dalam Kumpulan B dan diletakkan bersama Korea selatan, China, Oman dan Indonesia.

Meskipun tidak berdepan masalah bagi melangkah ke separuh akhir, Speedy Tigers bagaimanapun masih perlu berwaspada dengan ancaman Korea Selatan yang dilihat bakal menjadi duri dalam daging menggagalkan usaha bagi muncul juara kumpulan.

Sementara itu, juara bertahan, Jepun pula diundi dalam Kumpulan A bersama India, Pakistan, Bangladesh, Singapura dan Uzbekistan.

Pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, skuad hoki lelaki negara terlepas peluang meraih emas selepas tumpas di tangan Jepun pada aksi final. Pemenang pingat emas Sukan Asia akan mendapat slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.


(FOTO FB MalaysianHockeyConfederation)

Media Baharu