fb fb fb fb fb

Sukan Asia 2023: KBS persiap atlet dan pegawai galas cabaran negara

(FOTO RTM)

PUCHONG, 9 Ogos- Kementerian Belia dan Sukan, (KBS) bakal mengadakan beberapa bengkel bagi memastikan semua atlet dan pegawai bersedia sepenuhnya menghadapi temasya terbesar Asia itu.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, sasaran kejohanan itu juga akan diumumkan selepas bengkel berkenaan tamat.

"CDM dan MOM telah memberi taklimat berkaitan atlet-atlet.Mereka masih ada bengkel-bengkel bagi persiapan Sukan Asia.

"Setakat ini perjalanannya lancar dan saya ucapkan tahniah kepada CDM kerana proaktif dan memberikan maklumat terkini", katanya ditemui selepas pelancaran kejohanan futsal Sukan Ekspatriat Belia (YES) sempena sambutan Hari ASEAN ke-56 di sini.

Terdahulu, MOM mengesahkan Malaysia akan diwakili oleh 292 atlet, yang akan bersaing dalam 29 acara dalam 23 jenis sukan.


(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh/FOTO RTM)

Media Baharu