AYER KEROH, 22 Julai - Enam atlet karate telah mengesahkan slot mereka untuk bersaing dalam Kejohanan Sukan Asia yang bakal berlangsung di Hangzhou, China pada Oktober depan.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Nur Azmi Ahmad berkata pemilihan tersebut berdasarkan persembahan mereka sebelum ini termasuk pada aksi Kejohanan Karate Asia 2023 yang sedang berlangsung di Melaka.
Nur Azmi optimis atlet karate negara mampu meraih pingat di Sukan Asia, meskipun mempamerkan aksi kurang memuaskan di Kejohanan Karate Asia ketika ini.
"Peluang untuk kita menang pingat emas masih ada.
"Saya percaya pingat emas ini akan disumbangkan salah seorang daripada mereka.
"Namun daripada saya kita akan tentukan selepas tamat semua kejohanan disertai", katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, keenam-enam atlet tersebut bakal mengharungi tiga kejohanan yang akan berlangsung di Tunisia, Moroco dan satu lagi di Eropah bagi mempersiapkan mereka.
Dalam perkembangan yang sama, mengulas mengenai pencapaian kontinjen negara yang gagal menyinar pada Kejohana Karate Asia edisi ke-19 ini, Nur Azmi mengakui agak kecewa memandangkan mereka 'bertempur' di laman sendiri.
(Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Nur Azmi Ahmad)