fb fb fb fb fb

Sudah penat, Kyrgios kata "Saya sudah tidak mahu main lagi".

Nick Kyrgios / AFP

SYDNEY, 13 Disember- Pemain tenis Australia, Nick Kyrgios mendedahkan dirinya sudah tidak mahu beraksi lagi, namun akan bertahan untuk satu atau dua tahun lagi, beberapa hari selepas menarik diri dari Terbuka Australia.

Pemain berusia 28 tahun yang berbakat namun cukup dikenali dengan sifat barannya itu menjalani pembedahan lutut pada Januari dan kemudian membatalkan rancangan untuk kembali ke Wimbledon selepas mengalami koyak ligamen di pergelangan tangannya.

Finalis Wimbledon 2022 itu pernah bercerita mengenai perjuangannya dengan kesihatan mentalnya dan kini bergelut dengan masalah keceergasan pula.

“Jika terpulang kepada saya, saya tidak mahu bermain lagi, sejujurnya,” kata Kyrgios.

"Tetapi saya terpaksaterus bermain. Saya mempunyai banyak lagi untuk diberikan, tetapi bagi saya, saya tidak mahu bermain lagi.

“Saya letih, saya letih. Saya sudah tiga kali menjalani pembedahan.

“Saya sentiasa mahu membina keluarga dan tidak mengalami kesakitan.

"Apabila saya bangun, saya tidak boleh berjalan tanpa rasa sakit."

Kyrgios, yang pernah menggapai kedudukan ke-13 dunia pada 2016, berkata dia "patah hati" minggu lalu apabila dia menarik diri daripada Terbuka Australia Januari.

"Saya hanya mahu bermain kira-kira satu hingga dua tahun lagi dan berada di puncak karier dan keluar (mengikut) syarat saya sendiri," kata Kyrgios kepada podcast, yang dikeluarkan minggu ini.

"Saya tidak suka menjalani pembedahan lain atau apa-apa seperti itu. Jadi saya fikir saya masih mempunyai keupayaan untuk menjalani pembedahan yang baik selama satu hingga dua tahun."-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE