(Kemenangan Uruguay tidak cukup membawa mereka layak ke pusingan seterusnya susulan
kemenangan Korea Selatan ke atas Portugal/FOTO IHSAN FIFA)
DOHA, 3 Disember- Luis Suarez terpaksa menerima hakikat perlu meninggalkan saingan Piala Dunia keempat dan terakhirnya dengan perasaan diselubungi kesedihan dan kekecewaan selepas pasukannya, Uruguay akhirnya tersingkir walaupun menang 2-0 ke atas Ghana.
Uruguay memenangi perlawanan terakhir Kumpulan H di Qatar tetapi dinafikan tempat ke pusingan 16 terakhir oleh Korea Selatan, yang menewaskan Portugal yang sudah layak 2-1 untuk menyertai mereka di peringkat kalah mati.
Korea Selatan mara dengan kelebihan jumlah jaringan selepas kedua-dua pasukan mengumpul empat mata.
Suarez kelihatan menangis ketika meninggalkan padang manakala rakan sepasukannya Edinson Cavani mengetuk skrin VAR tanda protes ketika dia kembali ke bilik persalinan.
"Saya berasa sedih dan kecewa. Saya cukup bertuah untuk bermain dalam empat siri Piala Dunia," kata Suarez, 35, kepada stesen TV Uruguay Teledoce.
“Sebelum perlawanan, saya memikirkan tentang anak lelaki saya yang berusia empat tahun yang tidak pernah melihat saya memenangi perlawanan Piala Dunia.
"Hari ini dia melihat saya menang tetapi dengan imej kesedihan. Bagi bapa, ini sangat sukar." katanya. -AFP
(Kekecewaan iringi langkah 'selamat tinggal' Suarez/IHSAN FIFA)
(