FLORIDA, 29 Mei - Luis Suarez dan Lionel Messi masing-masing menjaringkan dua gol bagi memastikan kemenangan 4-2 Inter Miami ke atas CF Montreal dalam aksi Major League Soccer (MSL) awal pagi tadi.
Kemenangan itu menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa kemenangan liga buat Miami, yang kini mengumpul 26 mata selepas 15 perlawanan.
Messi menjaringkan gol pada minit ke-27 dan ke-87 sementera Suarez meledak dua gol pantas pada minit ke-68 dan 71.
Dante Sealy dan Victor Loturi masing-masing meledak gol buat Montreal, namun ia tidak cukup untuk menyekat kemaraan skuad bimbingan Gerardo Martino itu.
Bagaimanapun, kemenangan terpaksa dibayar denga harga yang mahal apabila tiga tonggak utama Miami Jordi Alba, Gonzalo Lujan dan Tomas Aviles terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. - REUTERS