fb fb fb fb fb

Beregu negara pamer aksi cemerlang di Terbuka Singapura

Pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie, melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura./Foto BERNAMA

SINGAPURA, 29 MEI - Pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie, melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura pagi tadi.

Di samping Soon Huat, Shevon Lai, mempamerkan aksi bertenaga menentang pasangan China, Feng Yhe Zhe dan Wei Ya Xin, apabila mencatat kemenangan mudah 21-11 pada set pertama.

Masuk set kedua, gandingan campuran negara dari China itu kembali menemui rentak untuk memberi tentangan kepada pasangan nombor lima dunia.

Namun, Soon Huat - Shevon Lai kembali fokus serta menampilkan kebangkitan sensasi, sekali gus menundukkan lawan dengan kemenangan straight set, 21-19, pada set kedua.

Padangan beregu negara hanya mengambil masa 34 minit untuk mencatat kemenangan ke atas beregu campuran China, sekali gus mengesahkan slot mereka ke peringkat suku akhir.

Dalam perkembangan yang sama, beregu profesional negara,
Goh Sze Fei - Nur Izzuddin Rumsani, turut melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas mencatat kemenangan ke atas rakan sepasukan, Junaidi Arif - Roy King Yap.

Gandingan tersebut, yang juga merupakan pemain nombor satu dunia, meraih kemenangan straight set 21-13, 21-11 ke atas pasangan muda itu dalam masa 33 minit. 

MOHAN CHINNASAMY