fb fb fb fb fb

Aaron-Wooi Yik akui tahap stamina merosot

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui tahap stamina mereka mulai merosot selepas mengharungi tiga kejohanan berturut-turut./Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui tahap stamina mereka mulai merosot selepas mengharungi tiga kejohanan berturut-turut, termasuk Terbuka Singapura yang bermula semalam.

Dan keletihan itu jelas memberi kesan apabila pasangan ranking ketiga dunia itu mempamerkan aksi kurang meyakinkan sebelum bangkit mencatat kemenangan ke atas pasangan Denmark, Frederik Sogaard-Rasmus Kjaer dengan keputusan 21-19, 24-22 dalam pusingan pertama pada aksi di Stadium Tertutup Singapura.

"Tetapi apa yang lebih penting sekarang ialah memberi fokus satu perlawanan pada satu masa."

Dalam perlawanan hari ini, Aaron-Wooi Yik hampir tewas pada set kedua apabila ketinggalan 7-15 sebelum bangkit menyelamat tiga mata permainan dan menamatkan permainan dengan kemenangan straight set.

"Kami gembira kerana masih mampu kekal tenang di gelanggang walaupun mereka jauh mendahului pada set kedua," kata Aaron.

MOHAN CHINNASAMY