fb fb fb fb fb

SSR 2024, 20 pasukan rebut gelaran juara

Ketua Pegawai Eksekutif Enervive Sports, Shahrizin Shaharudin

KUALA LUMPUR, 8 Mei- Sejumlah 20 pasukan bakal berentap bagi merebut gelaran juara Kejohanan Malaysia Super Schools Rugby (SSR) 2024 yang akan berlangsung pada Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Enervive Sports, Shahrizin Shaharudin berkata kejohanan edisi kesembilan itu juga mencatat sejarah tersendiri menerusi rekod penyertaan tertinggi termasuk kehadiran juara bertahan, Victoria Institution.

SSR merupakan kejohanan ragbi peringkat kebangsaan 15 sebelah kategori bawah-17 tahun dan edisi sebelum ini menarik sebanyak 16 pasukan bersaing.

"Kalau bercakap berkenaan perkembangan pasukan, sudah tentu daripada sudut kuantiti pasukan, jumlah pasukan kita bermula dengan enam pasukan."

"Kemudian, 12, 16 dan tahun ini kita ada 20 pasukan," kata Shahrizin kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan undian rasmi SSR yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau berharap penambahan divisyen baharu akan meningkatkan lagi mutu penganjuran kejohanan di samping melahirkan lebih banyak bakat baharu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM