TEMERLOH, 16 September- Sri Pahang FC membelasah PDRM FC 5-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.
Pada perlawanan itu, Skuad Tok Gajah mula membuka tirai jaringan seawal minit ke-16 melalui Kpah Sherman sebelum Stefano Brundo menggandakan kedudukan Sri Pahang pada minit ke-25.
Sri Pahang di bawah kendalian Fandi Ahmad terus melebarkan sayap apabila Manuel Hidalgo meledak jaringan ketiga pada minit ke-26 disusuli gol keempat hasil penyudah Stefano Burndo enam minit kemudian.
Tidak cukup dengan itu, skuad Tok Gajah terus menambah duka pasukan Sang Saka Biru apabila Kpah Sherman melengkapkan jaringan kelima buat pada minit ke-46.
PDRM di bawah bimbingan P. Maniam bagaimanapun berjaya membuahkan satu jaringan sagu hati pada minit ke-72 hasil ledakan Burndo Suzuki.
Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang naik empat anak tangga ke kedudukan ketujuh dengan 10 mata, hanya perbezaan satu mata di bawah PDRM selepas masing-masing mengharungi sembilan perlawanan.