TEHRAN, 29 November - Iran dijangka memboikot undian Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan di Amerika Syarikat minggu depan.
Tindakan berkenaan dilakukan sebagai protes terhadap tindakan Amerika Syarikat yang menghadkan pengeluaran visa terhadap pasukan berkenaan, kata Persatuan Bola Sepak Iran pada Jumaat.
Jurucakap persatuan, Amir Mehdi Alavi, dipetik berkata bahawa AS hanya meluluskan visa kepada empat anggota delegasi Iran, termasuk ketua jurulatih Amir Ghalenoei, tetapi tidak meluluskan visa kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Iran, Mehdi Taj.
Alavi menyifatkan tindakan yang dilakukan itu tidak mempamerkan semangat kesukanan yang dimiliki AS.
Persatuan itu berkata mereka telah menghubungi FIFA dan memaklumkan perkara itu kepada Presiden Gianni Infantino serta Setiausaha Agung badan bola sepak dunia berkenaan.
Iran layak ke Piala Dunia 2026 pada Mac lalu selepas seri 2-2 menentang Uzbekistan di Tehran.
Kejayaan itu sekali gus menandakan penyertaan kali ketujuh negara berkenaan di kejohanan itu dan kali keempat berturut-turut. - REUTERS