fb fb fb fb fb

Sabah FC, TFC kongsi mata di Stadium Likas

Penyerang Sabah FC, Saddil Ramdani (tengah) cuba melepasi pemain pertahanan Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas/ Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 16 September- Selepas tewas pada pertemuan terakhir, Sabah FC berhasil mengikat Terengganu FC (TFC) 1-1 di laman sendiri pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Kedudukan itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee naik satu anak tangga ke tangga keempat dengan 14 mata.

Manakala Terengganu di kedudukan ketiga carta Liga Super dengan perbezaan dua mata masing-masing selepas sembilan perlawanan musim ini.

Pada perlawanan itu menyaksikan pemain import baharu Joao Pedro Boeira Duarte hanya memerlukan 10 minit untuk membuka akaun jaringan Sabah setelah menyudahkan hantaran lintang kapten pasukan Park Taesu.

Pada minit ke-29, pemain import Terengganu Ismaheel Akinade membuat percubaan kencang seakan-akan melintas garisan gol sebelum ditepis penjaga gol Damien Lim namun jaringan itu dinafikan pengadil Ahmad Zuhaidi Dzulkifli selepas membuat semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Ismaheel kemudian mengubati kekecewaan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner dengan ledakan kencang di luar kotak penalti setelah menerima hantaran Muhammad Alif Zakaria untuk menyamakan kedudukan di masa kecederaan dan keputusan kekal 1-1 hingga tamat perlawanan.

Trainee2