fb fb fb fb fb

Springboks uji 9 muka baharu

Foto REUTERS

CAPE TOWN, 5 Jun - Sembilan pemain baharu yang belum pernah beraksi di peringkat antarabangsa, bakal diuji dalam tiga perlawanan pasukan ragbi Afrika Selatan Springboks.

Ia melibatkan pertemuan dengan pasukan Barbarians, Itali dan Georgia.

Ketua jurulatih, Rassie Erasmus, memaklumkan kesemua sembilan pemain tersebut telah disenaraikan dalam skuad 54 pemain bagi empat perlawanan pertama daripada 14 aksi antarabangsa tahun ini.

“Kami teruja dapat mengumumkan skuad yang berbakat serta berpengalaman seperti ini. Skuad yang besar bukan sahaja membolehkan sesi latihan yang lebih berkesan, tetapi juga memberi peluang kepada pemain muda untuk belajar daripada pemain senior," katanya.

Erasmus mengekalkan 31 pemain daripada skuad yang menjuarai Piala Dunia Ragbi 2023 namun turut memberi isyarat akan menggugurkan mana-mana pemain yang serasi dengan pasukan.

“Dengan kehadiran lebih ramai pemain muda berbakat, kami berharap mereka dapat menimba pengalaman berharga dan membuktikan kemampuan mereka dalam musim yang mencabar namun penuh peluang,” tambah Erasmus.

Afrika Selatan menggunakan 50 pemain sepanjang musim lalu dalam usaha membina pasukan bagi menghadapi Piala Dunia 2027 di Australia.

Springboks akan memulakan kempen mereka menentang Barbarians di Cape Town pada 28 Jun depan, diikuti dua ujian menentang Itali di Pretoria dan Gqeberha pada 5 dan 12 Julai, sebelum menentang Georgia di Nelspruit pada 19 Julai. - REUTERS

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN