fb fb fb fb fb

Pasangan Sara Errani, Andrea Vavassori juarai kategori beregu campuran Tenis Terbuka Perancis

Foto REUTERS

PARIS, 6 Jun - Gandingan Itali, Sara Errani dan Andrea Vavassori, menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Taylor Townsend dan Evan King, 6-4, 6-2 untuk menjuarai acara beregu campuran Terbuka Perancis.

Kejayaan ini merupakan gelaran Grand Slam kedua buat pasangan tersebut selepas memenangi acara sama di Terbuka AS tahun lalu.

Pasangan pilihan ketiga itu diuji awal dalam set pertama apabila berdepan dua break point, namun berjaya menyelamatkannya untuk mengikat kedudukan 1-1.

Mereka kemudian meraih break penting apabila Townsend sering melakukan kesilapan, membolehkan Errani dan Vavassori mendahului 4-3 sebelum menamatkan set pertama dengan kemenangan.

Set kedua menyaksikan Errani dan Vavassori mempertingkatkan tekanan, mematahkan servis lawan sebanyak dua kali sebelum Townsend melakukan kesilapan di jaring untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan bergaya buat pasangan Itali itu. - REUTERS

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN