fb fb fb fb fb

Speedy Tigers gagal layak ke Olimpik Paris

FOTO FB MalaysianHockeyConfederation

MUSCAT, 19 Januari -Impian skuad The Speedy Tigers untuk layak ke Sukan Olimpik 2024, terkubur.

Ini selepas skuad negara terikat 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan di sini.

Kekalahan itu menamatkan saingan Malaysia di kedudukan tercorot dengan satu mata.

Pada perlawanan itu, Fitri Saari meletakkan Malaysia di depan menerusi jaringan padang, minit ke-20.

Namun tiga minit kemudian, Pakistan tampil menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Sufyan Khan.

Di lewat suku kedua, Azrai Aizad menyumbat gol kedua buat negara.

Bagaimanapun,Ammad Butt kembali mengikat permainan sebaik tiga minit suku ketiga bermula.

Peluang untuk Malaysia mara terhidang, selepas Muhammad Firhan Ashari menyumbat gol padang minit ke-40.

Bagaimanapun,jaringan penyamaan Rana Waheed mengesahkan kemaraan pasukan Pakistan ke separuh akhir.

Kegagalan skuad Speedy Tigers itu menyaksikan kemarau skuad hoki Malaysia berpanjangan untuk beraksi pentas Olimpik selepas kali terakhir beraksi di pentas temasya terbesar dunia itu di Sydney 2000.

Selepas ini, Malaysia akan turun menentang Chile dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD