fb fb fb fb fb

Piala Negara Afrika : Ikat Ghana, Mesir pamer watak sebenar

FOTO REUTERS

ABIDJAN, 19 Januari- Mesir bangkit mempamerkan wajah sebenar ketika seri dengan Ghana 2-2 pada kejohanan Negara Afrika 2022 di sini pada Khamis.

Penyerang Ghana, Mohammed Kudus mencuri tumpuan apabila menjaringkan kedua-dua gol buat Ghana bagi membolehkan Ghana mendahului 1-0.

Mesir pula terpaksa berputih mata selepas penyerang profilik, Mohamed Salah terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Pada pertembungan tersebut, Mesir berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi Omar Marmoush.

Namun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila skuad 'Permata Hitam itu kembali di depan sekali lagi hasil jaringan Mohammed Kudus.

Harapan Ghana bagi memungut mata penuh berkecai selepas pemain Mesir, Mostafa Mohamed menyamakan kedudukan pada minit ke-74, sekali gus menyaksikan Ghana hanya mengumpul satu mata selepas dua perlawanan.

Mesir pula kini mengumpul dua mata selepas turut seri pada perlawanan sebelum ini menentang Mozambique.

Sementara itu, jurulatih Mesir, Rui Vitoria menyifatkan anak-anak buahnya mendedahkan watak sebenar serta kualiti melawan yang ada pada pasukan berkenaan.

"Tiada pasukan menang gelaran tanpa melalui perlawanan sukar, hari ini terutama pada babak kedua, kami membuktikan keinginan dan kualiti dalam pasukan ini.

"Pemain yang memiliki hubungan erat berbincang sesama sendiri ketika rehat dan menunjukkan watak sebenar pada babak kedua walaupun dibolosi dan ketinggalan", kata Rui Vitoria

"Tiada perlawanan mudah. Kami lihat bagaimana Cape Verde menewaskan Ghana. Kami perlu fokus untuk perlawanan berikutnya," tambah Vitoria- AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD