fb fb fb fb fb

Southampton pecat pengurus pasukan

(Pengendali Southampton, Hasenhuttl/REUTERS)



LONDON, 7 November- Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Southampton mengesahkan mereka sudah memecat pengurusnya, Ralph Hasenhuttl susulan permulaan musim yang buruk.

Kelab itu yang kini berada di zon penyingkiran selepas tewas 4-1 di tangan Newcastle, memaklumkan ini adalah 'masa yang sesuai untuk membuat perubahan.'

"Hasenhuttl yang dilantik pada Disember 2018 meninggalkan pasukan dengan sumbangan yang signifikan serta beberapa keputusan yang sentiasa diingati.

"Selain turut menjadi watak penting dalam pembangunan infrastruktur pasukan, identiti dan cara permainan pasukan." menurut kenyataan kelab itu.

Jurulatih pasukan utama, Ruben Sellles akan mengendalikan pasukan buat sementara waktu.-AFP

(Pengendali Southampton, Hasenhuttl/AFP)

 

 

Media Baharu