fb fb fb fb fb

Pemain tunggak kemenangan pasukan dalam liga utama Eropah

(Wilfried Zaha/REUTERS)

PARIS, 7 November- Mohamed Salah kembali ke prestasi terbaiknya minggu ini dengan menjaringkan dua gol selepas Liverpool menewaskan Tottenham 2-1.

Sebelum ini Mohamed Salah dikritik bermula perlahan di awal musim, namun kembali di landasan dengan merekodkan 10 gol dalam 10 perlawanan terakhirnya.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kembali meraih kemenangan selepas dua kekalahan berturut-turut liga, namun masih ketinggalan tujuh mata di belakang Spurs yang menduduki tangga keempat.

Liverpool bermula garang dan mendahului permainan selepas Darwin Nunez mengumpan bola kepada Salah dalam aksi di Stadium Tottenham Hotspur itu.

Mohamed Salah menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk membolehkan Liverpool meraih kemenangan pertama di tempat lawan dalam Liga Perdana musim ini.

Dia dengan tenang melepasi Hugo Lloris kemudian memerangkap Eric Dier untuk menewaskan penjaga gol itu.

Eric Dier melakukan kesilapan dengan menanduk bola kepada Salah, dan penyerang Mesir itu tidak mensia-siakan peluang terhidang.

Harry Kane merapatkan jurang untuk Spurs pada minit ke-70 namun tidak mencukupi untuk mengelak kekalahan ketiga mereka dalam empat perlawanan liga.

"Ia kemenangan penting. Apa yang kami tunjukkan ialah kami tidak terlalu tertekan apabila dibolosi.

(Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kiri) menewaskan penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris dalam
aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London/AFP)


"Saya suka persembahan malam ini. Kita tidak boleh konsisten dengan hanya bermain baik sepanjang masa. Ia berkenaan semangat juang yang kami tunjukkan malam ini," kata Klopp.

Beberapa pemain Afrika antara yang beraksi cemerlang menyumbang gol ialah Victor Osimhen untuk Napoli dan Eric Maxim Choupo-Moting untuk Bayern Munich.

Berikut ialah senarai AFP Sport pemain yang beraksi cemerlang untuk pasukan masing-masing dalam liga utama Eropah:


WILFRIED ZAHA (Crystal Palace)

Wlfried Zaha menjaringkan gol dan menghadiahkan kemenangan buat Palace bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 di West Ham.

Pemain sayap dari Ivory Coast mengekalkan momentum untuk meledak gol keenamnya dalam 12 perlawanan musim ini.


YOANE WISSA (Brentford)

Yoane Wissa memainkan peranan terbaik di Brentford dengan ketiadaan Ivan Toney yang digantung, seterusnya memanfaatkan sepakan penalti dan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika seri 2-2 di Nottingham Forest.


VICTOR OSIMHEN (Napoli)

Victor Osimhen mengungguli tangga teratas carta penjaring di Itali dengan lapan gol selepas satu lagi aksi kemenangan perlawanan daripada penyerang Nigeria itu, kali ini dalam kemenangan 2-1 Napoli di Atalanta, memberi mereka kelebihan enam mata.

Selepas membuka peluang sepakan penalti yang disempurnakan oleh seorang lagi pemain antarabangsa Nigeria, Ademola Lookman, untuk membuka jaringan buat tuan rumah, pemain berusia 23 tahun itu turut memberikan hantaran yang menyaksikan Eljif Elmas menjaringkan gol kemenangan Napoli.


BUNDES LIGA
ERIC MAXIM CHOUPO-MOTING (Bayern Munich)

Penyerang Bayern Munich , Choupo-Moting meneruskan prestasi cemerlang dengan menjaringkan dua gol penting untuk kedudukan 3-2 buat pasukannya di Hertha Berlin, ini menjadikan jumlah 10 gol dalam 10 perlawanan terakhirnya.

Penyerang Cameroon kelahiran Hamburg itu menjaringkan dua gol dalam masa dua minit pada separuh masa pertama dan tambahan satu gol oleh Jamal Musiala.


SADIO MANE (Bayern Munich)

Sadio Mane berpuas hati membiarkan Choupo-Moting meneruskan rentak panasnya, Mane bermain tenang mengikut standardnya menentang Hertha, tetapi masih tetap berhasil membuka laluan buat pemain remaja Jerman Jamal Musiala menjaringkan gol dengan hantaran silang yang baik.

Mane, yang akan beraksi untuk Senegal dalam perlawanan Piala Dunia pertama mereka menentang Belanda pada 21 November, kini mempunyai tiga assist untuk jaringan enam gol musim ini. -AFP

Media Baharu