fb fb fb fb fb

Soon Huat-Shevon kandas di suku akhir Terbuka Singapura

Foto fail

SINGAPURA, 30 Mei - Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai kandas di suku akhir badminton Terbuka Singapura selepas tewas dalam aksi tiga set kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran.

Pasangan negara bermula cemerlang dengan kemenangan 21-19 pada set pertama, namun lawan bangkit menyamakan kedudukan menerusi kemenangan sengit 22-20 di set kedua.

Set penentuan menyaksikan Soon Huat-Shevon kehilangan momentum apabila tunduk 17-21, sekaligus menamatkan cabaran mereka dalam masa satu jam empat minit di Stadium Tertutup Singapura.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI