fb fb fb fb fb

Harimau Muda diundi dalam kumpulan A Kejuaraan B-23 AFF 2025

Foto aseanutdfc

BALI, 30 Mei - Skuad bawah 23 tahun negara (Harimau Muda) telah diundi dalam Kumpulan A bersama Indonesia (tuan rumah), Filipina dan Brunei Darussalam bagi Kejuaraan B-23 AFF 2025 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 31 Julai ini.

Kumpulan B dihuni oleh juara bertahan Vietnam, Kemboja dan Laos, manakala Kumpulan C menampilkan Thailand, Myanmar dan Timor-Leste. Perlawanan akan diadakan di dua venue utama: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi.

Format kejohanan menyaksikan juara setiap kumpulan dan satu naib juara terbaik mara ke peringkat separuh akhir.

Kejohanan kali ini merupakan tugas rasmi pertama Mohd Nafuzi Zain selaku ketua jurulatih Harimau Muda, selepas dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Disember 2024, menggantikan Juan Torres Garrido.

Malaysia sebelum ini pernah mara ke separuh akhir pada edisi 2023 dan menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas kepada Thailand dalam penentuan tempat ketiga.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI