fb fb fb fb fb

O2 Esports buru slot Piala Dunia EWC 2025

Barisan pemain O2 Esports

KUALA LUMPUR, 30 Mei - Kelab esukan tempatan, O2 (O-Two) Esports meletakkan sasaran tinggi untuk layak ke Piala Dunia Esukan (EWC) 2025 yang bakal berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Pemain O2, Jonathan Oon Shang-Xuan menyuarakan keyakinan bahawa sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi semasa pasukan yang kini menduduki tangga keempat dalam Liga Honor of Kings Musim Bunga.

O2 akan bersaing di peringkat playoff yang dijadual berlangsung pada 6 Jun ini, dengan tiga pasukan terbaik bakal melayakkan diri ke EWC pada Julai 2025.

“Sangat gembira… ini peluang sekali seumur hidup. Sasaran saya memang nombor satu, untuk jadi yang terbaik,” ujar Jon ketika ditemui selepas tamat aksi liga di ibu negara.

Bagaimanapun, Jon mengakui laluan ke EWC tidak mudah kerana mereka perlu berdepan dua pasukan gergasi antarabangsa iaitu Black Shrew Esports dan Nova Esports dalam pusingan kalah mati.

Liga musim ini turut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD 60,000, menjadikan saingan lebih sengit dan kompetitif di peringkat domestik.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI