fb fb fb fb fb

Sokong perjuangan atlet, media diminta berikan liputan temasya Para Asia 2022

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 16 Oktober - Media tempatan diharap dapat memberikan liputan menyeluruh kepada atlet para negara yang akan berjuang di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China.

Harapan tersebut disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Katanya, menerusi liputan media ia dapat mengangkat nama atlet para selain memastikan pencapaian mereka dihargai sekali gus menarik lebih ramai pihak untuk memberikan penajaan.

rtm
(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh)

Hannah bagaimanapun sedia maklum, atas faktor kewangan banyak media tidak dapat menghantar wakil pada temasya itu yang bakal membuka tirai 22 Oktober ini.

"Saya minta semua media kalau boleh tidak semestinya hantar orang ke sana untuk buat liputan saya percaya walaupun tidak ada yang hantar mereka boleh berbincang sesama media untuk bantu mempromosikan atlet-atlet para kita supaya atlet para kita tahu mereka ini disokong oleh rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Speedmart Sdn Bhd dengan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), di sini.

Secara tidak rasmi hanya dua media kerajaan iaitu Bernama dan RTM yang akan membuat liputan secara langsung di Hangzhou.

Media Baharu