fb fb fb fb fb

MSSM platform terbaik cungkil bakat atlet baharu

SEREMBAN, 16 Oktober - Kontinjen Negeri Sembilan selaku penganjur Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-63 diyakini akan melakukan yang terbaik dalam setiap acara sukan yang dipertandingkan.

"Kita yakin dengan peserta-peserta yang hadir ataupun peserta yang memasuki pertandingan seramai 1,200 lebih orang dan ini akan memberi tunjang untuk kita memilih mencari bakat baru untuk mewakili negara dan tidak lupa juga di peringkat negeri mewakili di SUKMA pada masa akan datang.

"Jadi dengan umur mereka yang masih muda boleh diketengahkan, inilah peluang untuk mencungkil bakat muda untuk kita pastikan bahawa sukan terus berkembang di negera kita ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

rtm
(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia
(MSSM) Kali Ke-63 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi)

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) merupakan satu platform terbaik untuk mencungkil bakat atlet baharu ke peringkat lebih tinggi.  

Katanya, nilai utama pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid adalah penting dalam usaha mencapai matlamat itu.

Selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan melahirkan konsep ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’, sukan dijadikan sebagai asas dan penggerak utama dalam usaha membudayakan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan pelajar.

"Setakat ini ada 56 olimpian yang kita lahirkan dan semua itu dibangunkan potensi mereka menerusi MSSM, jadi saya yakin hari ini anak anak pelajar kita sudah mulai ada kesedaran disiplin yang diutamakan, jadi disiplin yang kita pupuk hari ini dari hari ke hari ia boleh melahrikan mereka yang cukup hebat, " kata Pkharuddin, di sini.


Media Baharu