MIAMI, 16 Oktober- Kelab popular MLS, Inter Miami akan turun bermain dua perlawanan di China bulan depan, dalam usaha kelab itu mencari dana untuk menandatangani pemenang Ballon d'Or tujuh kali, Lionel Messi.
Miami terlepas tempat dalam 'playoff' dan akan menamatkan kempen musim MLS menentang Charlotte pada 21 Oktober.
Situasi menyaksikan para pemain bebas daripada sebarang perlawanan pada November untuk kelab, namun beberapa pemain seperti Messi berusaha untuk mengekalkan tahap kecergasan menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia dan pasukan kebangsaan, hujung November.
Pasukan itu akan menentang dua pasukan Liga Super China dalam perlawanan persahabatan, pertama menentang Qingdao Hainiu pada 5 November sebelum menentang Chengdu Rongcheng tiga hari kemudian.
"Kami sangat teruja untuk terus meluaskan jangkauan global kelab kami, membawa pasukan kami bermain di hadapan peminat yang luar biasa di seluruh dunia," kata ketua pegawai perniagaan Inter Miami, Xavier Asensi.
"Ini adalah peluang istimewa untuk berkongsi minat sambil kami menjangkau khalayak baharu dan mempamerkan diri kami di tempat baharu dan kami tidak sabar untuk memulakan pengembaraan ini."
Ketibaan Messi di Miami pada Julai menyaksikan kelab itu meningkatkan pengikut media sosialnya secara besar-besaran di seluruh dunia manakala di atas padang pasukan itu memenangi trofi pertamanya dengan kejayaan Piala Liga pada Ogos.- AFP