fb fb fb fb fb

Lee Zii Jia tamatkan kemarau kejuaraan

(FOTO FB BAMalaysia)

VANTAA, 16 Oktober - Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya menamatkan kemarau lebih setahun tanpa sebarang gelaran selepas muncul juara kejohanan Terbuka Artik 2023 di Finland pada Ahad.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Vantaa Energia itu menyaksikan Zii Jia kembali menemui sentuhan kemenangan selepas mengenepikan cabaran rakan senegara, Ng Tze Yong, dalam pertarungan 40 minit.

Pemain ranking ke-14 dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan apabila menang set pertama dengan keputusan 21-14 diikuti kemenangan 21-15 di set kedua.

Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan Zii Jia melebarkan rekod kemenangannya kepada dua kali ke atas Tze Yong dalam dua pertemuan selepas Terbuka Australia Ogos lepas.

Kali terakhir Zii Jia meraih gelaran juara adalah ketika mengungguli Terbuka Thailand pada Mei tahun lepas.

rtm

(FOTO FB BAMalaysia)

Media Baharu