fb fb fb fb fb

Kejohanan Boling Dunia: Skuad wanita menang perak

(FOTO FB MTBC74)

KUWAIT, 16 Oktober - Skuad boling negara mengakhiri kempen dengan pingat perak menerusi acara berpasukan wanita pada kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) pada Ahad.

Kuintet negara terdiri daripada Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia Norkamal terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua selepas tewas 1-2 dengan Korea Selatan di final.

Secara keseluruhan, kem negara meraih satu emas, dua perak dan dua gangsa.

Sementara itu, skuad lelaki negara terdiri daripada Muhammad Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Mohd Syazirol Shamsudin dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam terlepas peluang ke separuh akhir selepas hanya berjaya menduduki tempat keenam daripada lapan pasukan dalam pusingan kedua.

rtm
(FOTO FB MTBC74)

Media Baharu