fb fb fb fb fb

Skuad wanita negara rangkul pingat gangsa Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022

BANGKOK, 15 Ogos- Skuad wanita negara berjaya meraih pingat gangsa apabila menewaskan Kazakhstan 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 di Thailand.

Perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, di sini siang tadi.

Pencapaian itu memperbaik rekod edisi 2019 apabila skuad negara menamatkan kejohanan di kedudukan keempat.

Malaysia berjaya mendahului selepas dihadiahkan pukulan penalti pada minit ke-15 yang disempurnakan oleh Iren Hussin.

Bersambung suku ketiga, Kazakhstan dilihat lebih banyak mengatur serangan untuk cuba mengimbangi kedudukan namun gol yang dicari gagal diperoleh.

Seminit sebelum aksi sebenar perlawanan berakhir, Malaysia sekali lagi dihadiahkan pukulan penalti dan kali ini giliran Nur Aisyah Yaacob untuk memastikan kemenangan Malaysia untuk selaku pemenang pingat gangsa.

Kemenangan hari ini lebih manis apabila ketua pasukan, Juliani Mohamad Din dinamakan pemain terbaik perlawanan.

(Skuad wanita negara rangkul pingat gangsa Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022)

Media Baharu