KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pertama kepada Kem Terjun Remaja Asia yang bermula hari ini hingga 21 Ogos.
Program tersebut dianjurkan menerusi kerjasama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Persekutuan Renang Malaysia.
Naib Presiden MOM, Datuk Mumtaz Jaafar berkata penganjuran program itu diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh atlet kebangsaan kerana turut disertai tenaga pengajar berkaliber dari Australia.
"MOM amat berbangga dan menunggu program seperti yang pertama kali dianjurkan di negara kita Malaysia untuk jurulatih, atlet kerana program ini daripada OCA biasanya di negara kita kementerian yang menganjurkan.
"Program tersebut memang menarik dan bagus sekali. Sudah sampai masanya diadakan program itu dengan bergabung dengan negara lain," kata Mumtaz di sini.
Program tersebut disertai 15 negara termasuk Vietnam, Qatar, Arab Saudi dan beberapa negara Asia yang bernaung bawah Majlis Olimpik Asia.
(Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pertama kepada Kem Terjun Remaja Asia yang
bermula hari ini hingga 21 Ogos)