fb fb fb fb fb

Bola Keranjang 2022: KL Aseel menang mudah berdepan Roosters

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- KL Aseel mudah menumpaskan pasukan tercorot Roosters dalam Liga Bola Keranjang D-League Malaysia 2022 dengan keputusan, 104-45.

Pertembungan tersebut berlangsung di Stadium MABA, Kuala Lumpur.

Kejayaan itu membolehkan pasukan tersebut naik ke tangga keempat dipisahkan hanya tiga mata di belakang pendahulu Penang Stallions.

Maegen Mahadevan, Connor Chua dan Lim Wan Seong paling menyerlah selepas masing-masing menyumbang mata terbanyak buat pasukan.

KL Aseel menampilkan penguasaan sejak suku pertama mendahului 29-7.

Pasukan kendalian Boon Hong Low semakin sukar digugat pada suku kedua apabila melebarkan jurang mata kepada 60-20.

Dua suku terakhir menjadi semakin mudah buat KL Aseel yang menutup aksi dengan kemenangan 104-45.

KL Aseel akan berdepan Selangor XX untuk aksi seterusnya.


(KL Aseel terus mendominasi permainan sehingga tamat perlawanan)

 

Media Baharu