fb fb fb fb fb

Malaysia kehilangan `Bapa Bina Badan Negara'

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Arena sukan negara hari ini kehilangan sebutir permata dalam sukan bina badan susulan pemergian bekas juara bina badan Asia, Datuk Gan Boon Leong yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Mendiang yang diberi jolokan `Bapa Bina Badan Malaysia' meninggal dunia pada usia 84 tahun di sebuah pusat jagaan di Kota Laksamana sekitar pukul 1.30 pagi di hadapan beberapa ahli keluarganya.

Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Chong Kin Yock dan tujuh orang anak.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merakam ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

KBS menerusi kenyataan di laman Facebook menyebut, mendiang mempunyai jasa yang cukup besar dalam pembangunan sukan bina badan negara.

Ketika di puncak prestasinya, Datuk Gan pernah memenagi gelaran Mr. Universe, Mr. Asia, Mr Malaysia dan Mr Melaka.

Beliau juga merupakan bekas Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, EXCO Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir dan Duyong.

Mendiang akan disemadikan di Bekok, Johor, Jumaat ini.

(Malaysia kehilangan`Bapa Bina Badan Negara')

Media Baharu