HANGZHOU, 7 Oktober - Skuad sepak takraw tewas 0-2 kepada Thailand dalam final acara regu lelaki, di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua.
Sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018
Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun mempertaruhkan barisan Muhammad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Zarif Marican.
Manakala Thailand membariskan Pansan Pichet, Yudapee Pattarapong dan Khamchan Sittipong.
Namun trio negara gagal menyaingi kehandalan trio Gajah Perang selepas dilibas 15-21,19-21 dalam tempoh 58 minit.
Thailand menyapu bersih semua acara dengan hanya acara quartet berpasukan yang tidak disertai.
Kempen sukan takraw negara berakhir dengan dua perak di Temasya Sukan Asia itu.
(Skuad sepak takraw negara)